Aktiviti


MESYUARAT PANITIA 1 TAHUN 2012

Panitia PAI SMKSP telah mengadakan mesyuarat panitia yang pertama pada 28 Disember 2011 bertempat di bilik PAI. 

GOTONG ROYONG SURAU AS SYAFIE


Alhamdulillah, sewaktu cuti sekolah baru-baru ni, lantai Surau As Syafie telah bertukar dari karpet kepada tile. Satu gotong-royong telah diadakan pada 7 Januari 2012 untuk membersihkan surau kami ini. sekumpulan pelajar telah membantu ustaz dan ustazah untuk menyusun semula susun atur surau, menyusun mashaf al-Quran dan surah Yaasin serta membersihkan surau. Hasilnya, surau kami telah berubah wajah.

















LUKISAN MURAL DI DINDING

Bermula dari 11 - 14 Januari 2012 , Panitia bertungkus lumus menyiapkan mural tulisan di 3 panel dinding yang dikhaskan untuk panitia PAI. Walaupun dalam hujan lebat, ahli panitia tetap bersemangat  dan berbagai aksi yang ditunjukkan oleh ustaz dan ustazah sambil dibantu oleh pelajar. 3 tulisan yang cantik terhasil dari hasil kerjasama panitia PAI. Terima kasih semuanya....